Skip to main content

Posts

UNCLE GRAB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 7 Mei 2018 | 7:00 pagi PEN - JHB | AK 6413 30,000 kaki dari paras laut dalam penerbangan pulang ke Johor setelah selesai tugas di USM Kampus Induk Pulau Pinang. Selesai lawatan rasmi saya yang terakhir sebagai MPP dari Kampus USM KLE, India. Saya hadir sebagai ahli dalam Parlimen Mahasiswa USM dan juga beberapa perjumpaan bersama HEP dan MPP.  Sepanjang berada di Penang, saya banyak menggunakan khidmat Grab dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun, dari desa RST ke masjid USM dan Dewan Persidangan Universiti pun saya menempah Grab kerana di kawasan Penang ni banyak GRAB yang standby lagi-lagi kawasan universiti. Sekali naik adalah dalam RM 5. Kalau ulang alik dalam RM 10-11 juga. Kalau dah banyak kali naik, luak juga duit kocek di Malaysia. Sebelum2 ni saya akan menumpang kereta orang, tapi kali ni memang berdikari habis.  Rata-rata pemandu GRAB di kawasan tersebut adalah dari kaum cina.  Walaupun t...

CUTI RAYA DAH HABIS

Ahad, 24 Jun 2018 35 000 kaki dari paras laut. KUL - BLR  MH 192 Semalam selesai hantar adik yang ke-4 balik asrama. Harini Ahad, Along, dan adik ke-3 balik kubu masing-masing. Nasiblah Angah tak kerja. Boleh tolong hantar Najlaa ke SBPI Selandar, Melaka. Ibu dan Abah kita singgah kampung dan bergerak ke Airport Senai. Cuti 2 minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk masa dengan keluarga dan adik beradik. Mana yang kena brainwash dengan Along, semoga ingat apa yang dipesan. (Padan muka)  Tahun ni Najlaa dan Najmaa bakal menghadapi peperiksaan besar. SPM dan UPSR. Semoga masing-masing boleh lakukan yang terbaik. Nak pujuk diorang belajar kenalah bawak tengok wayang dulu baru nak ada mood.  Budak zaman sekarang.  Tapi, guna duit raya masing2. Biar mereka rasa macam mana duit nya akan luak bila enjoy. Along drive dengan duit minyak je.  Tapi, esok paginya kalau tak buka buku, kenalah tuing sekali.  Seronok tak terkata sebab...

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri 1439H. Diucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin. #KosongKosong video dihasilkan oleh The Civitas Production.

DUGAAN PERANTAU | MAK

"Nanti cuti sekolah Gee bawak Along balik kampung ya mak" "Cuti sekolah Along nak balik kampung duduk rumah mak ya bu" "Mak, along nak pergi Negeri Sembilan, dapat tawaran belajar kat sana. Along dapat masuk asrama Mak" "Mak jangan sedih-sedih, along pergi India nak belajar. Nak jadi doktor. Boleh ubat mak dengan yang lain. Nanti senang-senang Along telefon Mak ya" "Doakan mak ya Long, kalau mak mati nanti Along balik ya" ... Selama 22 tahun, aku memang rapat dengan Mak. Lebih rapat dari ibu kandungku sendiri. Aku tahu syurgaku dibawah tapak kaki ibu. Tapi, memang dari kecik mak yang banyak bela aku. Kalau kena marah dengan Abah, Mak-lah yang akan pujuk. Nama je Along, cucu sulong pula tu. Tapi, kalau merajuk boleh tahan. Tak nak makan lah, menyorok bawah meja lah. seret badan sampai ke dapur lah.. Tergelak juga bila diingatkan semula. .... 14 April 2018, Sabtu Stress betul aku dengan management posting surgery kal...

ADELE | DON'T YOU REMEMBER

When will I see you again? You left with no goodbye, not a single word was said No final kiss to seal anything I had no idea of the state we were in I know I have a fickle heart and a bitterness And a wandering eye, and a heaviness in my head But don't you remember, don't you remember? The reason you loved me before Baby please remember me once more When was the last time you thought of me? Or have you completely erased me from your memories? I often think about where I went wrong The more I do, the less I know But I know I have a fickle heart and a bitterness And a wandering eye, and a heaviness in my head But don't you remember, don't you remember? The reason you loved me before Baby please remember me once more Oh, I gave you the space so you could breathe I kept my distance so you would be free In hope that you find the missing piece To bring you back to me Why don't you remember, don't you remember? The reason you loved me before Baby please ...

+ . - . ÷ . x .

TAMBAH, TOLAK, BAHAGI DAN DARAB Itulah kali terakhir ibu mengajar aku untuk menyiapkan kerja sekolah. Waktu itu aku di sekolah rendah Darjah 3 dan masih belum mengenal mana yang baik dan mana yang buruk. ..... 2004. Abah mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi tentera darat atas desakan keluarga.  Kami sekeluarga kemudian berpidah ke Batu Pahat dari Melaka. Justeru, aku pun pindah dari sekolah bandar ke sekolah di kampung sahaja. Masih teringat lagi apabila mereka melabel aku budak pandai kerana berasal dari sekolah bandar. Tapi, adakah ramalan mereka benar? Agak sukar untuk aku sesuaikan diri di kawasan kampung. Mak Andak selalu berpesan bahawa jangan terbawa-bawa perangai bandar di kampung.  Kita orang kampung ada kebiasaan kebiasaan tertentu. Mungkin dari sudut kemewahan dan juga tatatertib agaknya Mak Andak menegur.  Tahun lepas, 2004  boleh kira setiap bulan, setelah Abah dapat gaji, kami sekeluarga ak...

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...