"Nanti cuti sekolah Gee bawak Along balik kampung ya mak"
"Cuti sekolah Along nak balik kampung duduk rumah mak ya bu"
"Mak, along nak pergi Negeri Sembilan, dapat tawaran belajar kat sana. Along dapat masuk asrama Mak"
"Mak jangan sedih-sedih, along pergi India nak belajar. Nak jadi doktor. Boleh ubat mak dengan yang lain. Nanti senang-senang Along telefon Mak ya"
"Doakan mak ya Long, kalau mak mati nanti Along balik ya"
...
Selama 22 tahun, aku memang rapat dengan Mak. Lebih rapat dari ibu kandungku sendiri. Aku tahu syurgaku dibawah tapak kaki ibu. Tapi, memang dari kecik mak yang banyak bela aku. Kalau kena marah dengan Abah, Mak-lah yang akan pujuk.
Nama je Along, cucu sulong pula tu. Tapi, kalau merajuk boleh tahan. Tak nak makan lah, menyorok bawah meja lah. seret badan sampai ke dapur lah..
Tergelak juga bila diingatkan semula.
....
14 April 2018, Sabtu
Stress betul aku dengan management posting surgery kali ni.
Kenapa dalam jadual masuk bilik OPD tapi semua doktor tolak menolak.
Langsung tak kisah kami yang kehulu hilir menunggu seseorang untuk mengajar.
Dahi berkerut, kening hampir bercantum.
Nak clerk patient, dah 4 5 orang sibuk menyoal patient untuk ambil history.
Aku pun berjalan-jalan ke ICU untuk tengok mana tahu ada patient kritikal sebagai peluang untuk belajar.
2 hari lepas, ada satu patient tiba-tiba cardiac arrest.
Sibuk doktor dan staff nurse resuscitate.
Aku tengok dari tepi saja. Tanpa ada perasaan gerun mahupun takut.
Mungkin ini adalah natural bagi seorang doktor. Lakukan yang terbaik namun jangan sesekali melibatkan emosi berlebihan.
....
Aku balik ke ward surgery di atas.
Tiba-tiba ada seorang nenek menyapa dari tepi.
"Pani..pani.. "
Kya hai Aji? Pani?
Aji : panggilan seorang mak cik yang lebih tua.
Kya hai? : Apa dia?
Pani : Air
Dia menggeleng kepala tanda ya.
Aku pun mengambil botol air disebelah katil dan perlahan-lahan menyuapkan air supaya tidak tertumpah. Nenek tersebut baru sahaja selesai operation semalam.
Usai memberi minum, Aji mengucapkan terima kasih.
Rindu bertandang secara tiba-tiba. Aku teringatkan Mak di Malaysia.
Apa khabar Mak agaknya. Ada masa telefon lah.
Aku mengambil file Aji. Kubelek-belek untuk mengetahui apa history dia.
Aji seorang muslim. Berumur 91 tahun. Lagi berusia dari Mak.
Aku mengambil kerusi untuk berbual dengan Aji kerana kesian dia sorang-sorang tanpa teman.
Walaupun ada languange barrier. Tidak mengapalah, asalkan boleh sejukkan hati aku yang panas dengan management department surgery ni.
Aji memberitahu bahawa dia mempunyai 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan dan 1 orang cucu.
Tiba-tiba datang seorang perempuan berjubah dan bertudung. "Iska kaun hai Aji?"
Dia (perempuan) itu siapa Aji?
Cucu katanya, I see. Aku ingin mengakhiri perbualan dengan Aji.
Tapi, sebelum tu baru terfikir untuk tunjukkan gambar famili aku. Aku suka berkongsi gambar keluarga dengan patient. Lagi-lagi mereka yang muslim.
Aji melihat gambar tersebut bersama cucunya. Dia tersenyum.
Ye mera Dadi ma, mera mommy, mera baba, mera baiya, aur mera didi.
Dia tersenyum. Aku juga tersenyum dalam masa yang sama rindu.
Aji mengambil phoneku lalu dia mencium gambar kami sekeluarga.
Seolah-olah mendoakan yang baik-baik belaka untuk kami sekeluarga.
Ya Allah, kau rahmatilah Aji dan keluarga nya juga.
Syukriya Aji. Bye bye..
Khoza Hafiz, kataku sambil melepaskan tangan Aji.
Aku berlalu pergi.
......
17 April 2018, Selasa.
9:30 malam
Assalamualaikum, Prof dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa bersama untuk kita membincangkan isu-isu USM KLE.
9:43 malam
"Salam Long"
"Bz ke"
"Skrg kat sn kol bape"
Aku perasan phone menyala mesej masuk dan datang daripada mak cik ku.
Tapi ku abaikan buat seketika kerana tidak mahu terganggu dengan mesej susulan.
Terima kasih Prof, for your time. Soon saya akan sediakan minute yang simple untuk rujukan Prof.
Assalamualaikum..
11:17 malam
Aku mencapai phone. Slide to unlock.
Membuka mesej dan membalas.
"wasalan"
"baru selesai meeting"
"Cik Lyn nk bg tau along... Mak kne strok"
"Ni bru balik dari colombia"
ALLAHU... Darah aku berderau.
Macam mana mak boleh kena.?
Ya Allah, kenapa ?
Aku terus tekan button call untuk bercakap dengan Cik Lyn sambil keluar dari office. Aku tinggalkan rakan yang lain dan Prof seorang di dalam.
Cik lyn menjawab dengan nada sedih.
Aku terus menyoal bertubi-tubi macam mana boleh jadi.
Katanya, Mak ada pesan dengan Cik Lyn untuk call Along. Mak nak bercakap dengan Along.
Tapi Cik Lyn bagitahu yang Along busy Mak.
Aku marah, aku geram dan aku takut.
Selama ini, aku tidak pernah merasai orang yang aku sayang pergi buat selama-lamanya.
Sesungguhnya aku tidak bersedia.
Cik Lyn memberitahu yang mak tiba-tiba tak boleh menggerakkan tangan dan kaki kirinya ketika bangun dari tidur. Mak cuba untuk ke bilik air. Namun tidak berdaya. Mak hanya mampu menyeret tubuhnya untuk ke tandas.
Aku menahan sebak bila mendengarnya. Kenapa boleh macam ni?
Cik Lyn menyuruhku menelefon Cik Yah disebabkan Cik Yah yang bawa mak ke Colombia Nusajaya.
Tanpa membuang masa, aku terus mengakhri perbualan dan terus menelefon Cik Yah,
Namun, tidak berangkat pula. Aku telefon Cik Wan suaminya.
Alhamdulillah berangkat. Namun, dengan suara mengantuk, dia menajwab dan aku terus meminta untuk bercakap dengan Cik Yah.
Cik Yah menjawab dan menceritakan apa yang terjadi.
"Cik yah, macam mana dengan Mak?" aku penasaran dan terus melulu bertanyakan Mak.
"tadi Doktor dah buat CT scan, dia cakap mak sebelum ni ada blockage kat otak mak. tapi tak ada efek. Cuma bila ada blockage baru terus jadi macam ni,"
Kenapa tak admit? soalku
"Diorang kata tak ada pakar"
Aku semakin geram dan dalam masa yang sama cuba untuk bertenang dan memahami situasi yang berlaku.
Cik Yah, mak dah tidur ke?
Belum, ada ni ha, Along nak cakap dengan Mak ke?
Haah. Nak cakap dengan Mak kejap.
"Hello nak..." ketika itu, sebak tak terasa. Aku cuba mengawal emosi. Aku tahu kalau aku menangis, pasti mak pun akan menangis.
Syukur masih boleh bercakap. Itu bermaksud better prognosis dan masih ada harapan.
Aku meminta cik yah untuk meletakkan tangannya di atas tapak tangan mak. Sambil meminta mak meggenggam tangan Cik Yah.
Respon mak agak lemah. Mak tak boleh menggenggam tangan Cik Yah dengan sempurna.
Ketika itu juga, memori yang aku pelajari di sebelah katil patient terus segar.
Grade 2 atau 3 ni. not paralyse lagi. Cuma Paresis.
Aku terus bertanya, mak boleh jalan tak?
Cik yah memberitahu yang kaki mak sangat lemah.
Aku terus menanyakan muka mak. "Muka mak senget sebelah ke? Cuba Cik Yah tengok mata, bibir dan pipi mak kejap"
Haah Long, tapi tak teruk sangat. Senget tu nampaklah. Cuma tak teruk sangat.
Syukur, walaupun sah itu adalah stroke, tapi tidaklah seperti yang aku bayangkan.
Cik yah cuba menenangkan aku. Katanya, dia akan membawa mak ke Colombia semula esok pagi.
Aku mengakhiri perbualan dengan Cik Yah dan Mak dengan kata-kata semangat serta nasihat untuk elakkan stroke mak jadi lebih teruk.
....
Aku masuk semula ke dalam office untuk menyambung kerja susulan.
Aku tak tahu macam mana dan kenapa aku masih boleh bertenang sedangkan itu adalah Mak.
"MAK KENA STROKE"
Prof K terus bersembang dengan yang lain.
Aku pula terus mecapai laptop dan menyediakan minute meeting tadi kerana perlu diselesaikan dengan segara.
Aku boleh bersembang, gelak seperti biasa dengan yang lain.
Aku tak tahu macam mana aku boleh menjadi normal sedangkan dalam hati dan kepala risau akan keadaan Mak.
Aku banyak diam dan terus menyiapkan kerja. Nasib ada 2 orang yang lain sudi bersengkang mata membantu aku. Yang lain berlalu pergi macam tu saja.
Aku cuba berlagak seperti biasa dan makan malam pada jam 1 pagi sementara yang lain membantu menyiapkan kerja.
Sebak dan airmata kutahan saja sepanjang berada dalam office.
Mungkin kalau orang lain, mereka dan tak tentu arah.
Tinggal segala benda yang ada untuk menenangkan diri.
Tapi, kalau aku lari, siapa nak siapkan kerja ni. Yang lain boleh harap ke? Mereka sibuk dengan hal masing-masing.
Mereka kurang berminat dengan apa yang dibincangkan apatah lagi nak buat susulan.
Biarkan mereka. Kau siapakn dahulu kerja ni, Bila dah selesai barulah ambil masa untuk bimbang tentang keluarga.
Jam 3 pagi, aku pulang ke bilik dalam keadaan sedih dan penat sangat.
Sepanjang minggu aku standby, meeting tak henti dan kehulu hilir untuk lawatan MQA di Kampus.
Kalau bukan kau siapa lagi kan Ridzuan?
Amanah harus dijalankan. Pelajaran letak tepi sekejap.
Tak sabar untuk menunggu esok pagi.
Aku berharap semua lebih baik dari semalam.
Betul orang kata, kalau dotor tak boleh merawat ahli keluarga sendiri.
Kerana bahaya emosi yang menguasai diri.
Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku.
Aku dianggap doktor keluarga kerana aku seorang saja yang megambil bidang perubatan.
Aku kesal kerana aku jauh beribu batu dan tak mampu berbuat apa-apa.
Hanyalah doa ikhlas yang mampu kukirimkan.
Mak, along sentiasa mendoakan kesihatan Mak.
Mak tunggu Along balik ya.
Sikit lagi, tak lama lagi along ada dekat sisi mak.
Inilah yang dinamakan;
Dugaan Perantau
20 April 2018
3:16 pagi
-RJ

Comments
Post a Comment