Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia.
Nama penuh USM KLE ialah;
Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia.
Nama penuh USM KLE ialah;
"UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME"
Di manakah terletaknya USM KLE ini?
Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat.
Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan.
Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.
Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari.
Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga bulan Julai dan pada bulan Ogos hingga November ialah musim Hujan.
Bagaimana tertubuhnya USM KLE ?
Pada tahun 2009, Canselor KLE, iaitu Dr Pharabakar Kore telah berkunjung ke Malaysia dan bertemu dengan Canselor USM iaitu Prof Tan Sri Dzulkifili.
Kemudian termetrainya MoU antara 2 pihak dan pada tahun 2010, tertubuhnya USM KLE IMP di India. Kemasukan pertama ialah seramai 49 orang pelajar yangd atang dari pelbagai program. (A-level, matrikulasi dan sebagainya)
Bagaimanakah saya boleh memohon program ini?
anda boleh layari laman web pohon USM.
MD USM KLE yang bertempoh selama 10 semester hanya dijalankan di Belgaum sahaja.
Namun, pendaftaran program bertempat di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.
untuk syarat kemasukan, anda boleh rujuk link di bawah:
Mungkin ada yang tertanya bagaimakah bentuk kurikulum pengajian perubatan di sini;
anda boleh rujuk link di bawah:
Lebih elok jika saya terangkan sedikit berkenaan pembelajaran sepanjang 5 tahun ni.
Bermula dengan tahun 1 dan 2, anda akan mempelajari subjek-subjek pre-klinikal.
yang mana kita belajar dari sistem ke sistem. Sebagai contoh, kita akan mulakan dengan sistem pernafasan dan kemudian ke sistem kardiovaskular (semak semula CArdiovascular dalam bahasa Melayu) selepas mepelajari asas-asas perubatan.
USM baru sahaja memperbaharui sistem kurikulum Doktor Perubtan. Jika sebelum ini tempoh pembelajaran Pre Klinikal adalah 3 tahun (Tahun 1- tahun 3), ianya dipendekkan ke 2 tahun sahaja. Namun dengan sistem yang baharu ini, 3 tahun klinikal dapat memberikan pelajar lebih banyak pendedahan klinikal.
Secara peribadi, pada tahun 1 dan tahun 2, memamg agak banyak untuk dipelajari. Kerana kami perlu tahu dari anatomi hinggalah ke penyakit yang tertentu. Akan tetapi, ianya tidaklah sukar seperti yang dijangka oleh sesetengah pensyarah dan juga pelajar.
Dan pada ketika ini, saya merupakan pelajar tahun 3 dan sedang menjalankan posting pediatrik (kanak-kanak) . Saya dapati pendedahan awal pada tahun 1 dan tahun 2 amatlah membantu.
3 tahun merupakan satu tempoh yang sangat cukup untuk kami mendapatkan pendedahan klinikal.
Sistem pembelajaran di USM KLE sama seperti Pusat Pengajian Sains Perubatan di Kubang Kerian.
Bezanya ialah kami 6 hari mengikut norma kerajaan India iatiu working days dari Isnin hingga Sabtu.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh saya kongsikan. Akan tetapi disebabkan kekangan masa, sampai di sini sajalah kali ini.
terima kasih.
Wassalam.
Comments
Post a Comment