Skip to main content

KASHMIR (HARI PERTAMA)

KASHMIR FEBRUARI 2020

Sudah menjadi impian saya untuk pergi ke Kashmir sebelum belajar di India lagi.
kalau tengok cerita Hindustan mesti suka part menari dekat gunung, kawasan bersalji.

Jadi Alhamdulillah ada kesempatan untuk melancong ke sana selepas habis exam semester 9 tempoh hari.
merangkap sebagai Birthday Trip juga.

Habis je exam terus siapkan packing barang dan bergegas ke airport Belagavi.

Saya travel ke sana seorang diri. 4 kali bertukar pesawat.
Belgaum (Karnataka) > Hyderabad (Telangana) > Delhi > Amritsar (Punjab) > Srinagar (Kashmir)

penerbangan pertama jam 5:55 petang dan dijangka sampai ke Srinagar jam 8:30 pagi keesokan harinya.

semua berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang saya alami.
Cuma, mungkin badan agak terkejutsetibanyadi Delhi kerana India sekarang ialah musim sejuk di belah utara. Suhu di Delhi serendah 12 darjah celcius.

Di Amritsar, Punjab lagilah. cuaca serendah 6 darjah. saya keluar dari pesawat terus menggigil. cepat2 cari tandas untuk pakai thermal supaya tak delah menggigil teruk.

Dalam penerbangan lagi saya dah melopong tengok keindahan gunung ganang yang mengililingi kashmir.
Kata orang sebelah, "Kashmir adalah negeri yang dikelilingai gunung ganang yang cantik"

{Hari 1}
.......
Tiba di Srinagar tepat pada masanya. Agak cuak tapi dalam masa yang sama teruja.
Gementar kerana perglakan Kashmir yang tidak menentu, tapi teruja kerana membayangkan keindahan kashmir.

sewaktu mendarat lagi saya dah nampak beberapa kubu askar yang bersiap sedia dengan senapang mereka.
Dalam peswat lagi penumpoang sudah diingatkan bahawa lapangan terbang Srinagar adalah kawasan tentera. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau merakam video sesuka hati.

Setelah selesai ambil bagasi, saya dimaklumkan untuk mendaftarkan diri. kashmir adalah negeri di India yang memiliki status keistimewannya yang tersendiri.
Sementara menunggu kawan yang lain saya duduk saja dalam balai ketibaan.

Malangnya, tiada capaian internet buat masa ini di Kashmir,
Prepaid dan postpaid saya langsung tiada line. Buntu juga nak buat apa sementara tunggu kawan yang lain sampai.

Setelah 5 jam menunggu, akhirnya mereka pun sampai.

Selesai urusan imigresen, kami terus gerak ke hotel.
Perjalanan ke Hotel Royal batoo mengambil masa selama 40 minit.

Di luar sangatlah sejuk, mungkin 2 darjah celcius suhu ketika itu.
Banyak juga timbunan salji di luar lapangan terbang.

Mr Asheek Sultan adalah pemandu kami sepanjang berada di Kashmir,
Kereta Toyota Innova cukup lah untuk kami berlima.

Sepanjang perjalanan, memang penuh askar2 India yang direkruit dari seluruh pelusuk India. Setiap 10 meter ada saja sorang askar berdiri siap dengan senapang.
Dalam hati tertanya "tak sejuk ke?"

Disebabkan saya datang pada musim sejuk, jadi tak banyaklah warna2 hijau pokok.
banyak timbunan salji di sepanjang jalan.
Yang menariknya, semua warga tempatan disiitu memakai pakaian tradisional mereka ketika musim sejuk iaitu "Pheran" berupaa seperti jubah.
Salman khan ada pakai dalam cerita Bajrangi Baijaan.

Sampai je hotel, terus fresh up, sempat juga lah saya mandi walaupun kesejukan.
40 minit untuk bersiap dan kami terus ke restauran untuk makan tengahari.
Rasa lega sebab dapat mandi setelah 24 jam perjalanan.

Menu kami ambil ialah menu Kashmiri sahaja.
Sedap yang amat.
- Rishta
- Mutton shadi

dan wajib pekena, teh kashmir
"Kashmir kahwa"

Makan berlima dengan bil sebanyak Rs 2200 lebih kurang duit kita RM 130.

Usai makan, terus pusing Dal Lake untuk ke satu taman berdekatan.
Sejuk yang amat lagi2 bila angin bertiup.
Badan pun belum terbiasa lagi, deria rasa di tangan dan kaki memang hilang sudah masa tu.

Dalam 40 minit juga habiskan masa di situ, mestilah photoshoot dan segala bagai.
Pemandangan yang sangat lawa.
Kemudian terus balik ke hotel untuk makan malam.

Makan malam disediakan pihak hotel.
Kami tidak digalakkan untuk keluar malam kerana sebagai status pelancomng, mungkin berbahaya.
Lagipun kedai-kedai di bandar Srinagar, ibu kita Kashmir tutup seawal jam 6:30 petang.
Kata pemandu kami, disebabkan askar India mengawal ketat kawasan Srinagar.

Makan malam sangatlah sedap samda sebab kami betul2 lapar ataupun kesejukan.

Saya tidur awal malam pertama kerana terlalu penat.
Disebabkan winter, katil kami diletakkan heating pad pada bahgaian badan dan kaki supaya tidak terlampau sejuk. Air panas sampai jam 10 sahaja dibuka.
Jam 6 pagi barulah ada balik semula.
Dalam bilik ada juga heater tapi kurang berkesan untuk sejukkan bilik.

Saya sorang saja lelaki dalam team kami, jadilah conquer lah bilik sorang yang ada katil queen.

{Hari ke 2}
....
Saya bangun pagi macam biasa, nak ambik wudhu' pergh, sejuk yang amat.
Nak mandi fikir dua tiga kali. haha.
Srinagar pada ketika itu mungkin -2 suhunya.
gagahkan juga sebab nak solat. Dan saya betul2 solat subuh atas katil sebab katil masih hangat2.

Siap saja terus turun sarapan jam 8:30 pagi.

Aktiviti kami pada harini ialah ke Pahalgam.
untuk Pony Ride.
perjalanan mengambil masa 2 jam.
Singgah di kedai Saffron dan teh untuk membeli.
Dapatlah tengok beberapa kawasan sawah padi dan ladang saffron.
Musim sejuk ni memang tak ada apa melainkan salji dan air yang bertakung akibat salji mencair.

Pahalgam adalah kawasan berbukit, sepanjang perjalanan memang terpesona dengan keindahan bumi Kashmir.
Melihat rumah-rumah orang kampung, mereka berjalan berpakaian Pheran sambil membawa arang di dalam bakul. Ada juga yang berkumpul mengelilingi unggun api untuk memanaskan badan.
Jalan ke sana agak berliku-liku, jadi anda dinasihatkan untuk mengambil ubat motion sickness siap2.

Kami berlima memang tak banyak bercakap lebih2 lagi saya memang jenis tak bersembang sangat kalau dalam kenderaan.
terpegun tengok salji sana sini, menutupi bukit dan gunung.

Sampai saja di Pahalgam, terus turun dan pakai jacket semula.
Keluar saja dari kenderaan terus diserbu dengan penjual Pashmina, dan barang2 lain.
Dalam kereta lagi driver dah pesan supaya hati2 membeli dan kena pandai berunding harga untuk naik kuda.
Setelah beberap minit berunding, dapatlah harga yang memuaskan.

Naik kuda 3 point sebanyak Rs 1700 dalam RM 120 duit kita. Itu dah tawar habis dah tu.
nama kuda masing2 sangatlah unik.
Ada yang namanya Sultan juga, Tapi kuda saya yang paling tinggi namanya Tiger.

dah selesai semua naik kuda, terus kami memulakan perjalanan mendaki.
Salah satu point yang kami akan pergi ialah lokasi penggambaran bajrangi Baijaan yang dilakonkan oleh Salman Khan dan Kareena Kapoor.

Salji sangatlah tebal, jadi kalau anda tak biasa kenalah pakai pakaian yang tebal secukupnya.

Ini kali pertama saya bermain salji. Dulu trip ke Shimla Manali tak dapat merasa sebab salji lewat pula turun.

Jadi bergambar lah sana sini.
Seronok tak terkata.

setiap point kami posing.
Tapi, sampai ke point ke-2, ada ceritanya yang membuatkan saya membeli sehelai Pashmina. Selendang buatan tempatan.

Kena tahu, Pashmina yang saya beli memanglah lebut boleh lalu dekat cincin, akan tetapi, pashmina yang original sangatlah mahal.
Rs 2000 ke atas, RM 130 ke atas,

yang saya beli hanyalah Rs 500 dalam RM 30 sahaja.
atas dasar ingin menolong orang islam di sana.

saya tersentak bila mereka menceritakan sumber pendapatan mereka terjejas kerana penutupan kashmir selama berberapa bulan atas sebab konflik dalam antara kashmir dan kerajaan India sendiri.

Sewaktu perjalanan turun, rezeki saya dapat merasa snow fall.
Salji betul2 turun!
Pengalaman pertama saya.'
Walhal ianya ibarat hujan cumanya bukan air, tetapi kristal ais.

Selesai urusan pembayaran, berilah tips kepada pengemudi kuda saya.
Saya dan kawan seorang lagi bebas dan kebetulan kuda kami berdua ni "behave" tak buat perangai.
Dapatlah feeling2 lebih berbanding kawan yang lain apabila kuda mereka tiba-tibalah nak berhenti sana sini.

Dalam perjalanan balik, singgah beli satay "tikka" di tepi Dal lake.
Sedap sungguh, lagi2 lepas aktiviti yang memenatkan.
(padahal kuda lagi penat).

Semasa makan tu, nampaklah ada satu pakcik ni selesai je dia bakar satay kami, dia turun semula ke tasik untuk solat di atas sampan beliau.
Alhamdulillah masyarakat muslim di sini menjaga solat mereka.
Kami tengokkan saja beliau mengambil air wudhu di tasik yang baru saja lepas fasa membeku.
"Januari adalah bulan salji tebal di Srinagar. Dal Lake boleh membeku dan permukaan tasik akan berketul2 ais" tapi jangan bayangkan iceberg amcam Titanic pula.

Sampai di hotel jam 7, letak barang kemudian terus makan malam.
Kerana kepenatan, kami tidur seawal jam 9 lebih.

....
Esok saya sambung aktiviti hari ke 3


segini je beg nya. cukuolah untuk 5 hari.

JALAN DI SRINAGAR



TRANSIT DI HYDERABAD MAKAN BARIYANI LAH KAN





PAK CIK2 KAT SEBELAH NI PERAMAH

PANDANGAN KASHMIR DARI UDARA






INILAH BILIK SAYA . DUDUK SORANG JE


TRAVEL MATE KALI NI.





KASHMIRI KAHWAH

MAKANAN KAMI BER 5




NISHAT BHAG DI SRINAGAR




GUNUNG KAT BELAKANG TU BUAT MELOPONG  MULUT



DRIVE KAMI, MR ASHEEQ SULTAN

SAWAH PADI DI KASHMIR. PENUH DENGAN AIR SALJI YANG MENCAIR



PAHALGAM. TEMPAT MENDAKI DAN MENUNGGANG KUDA






MY FIRST SNOW EVER.

















SATAY TAPI BUKAN, NAMANYA TIKKA. (LEMBU, KAMBING DAN IKAN)



Comments

Popular posts from this blog

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...

WHY DID I CHOOSE MEDICINE | KENAPA PILIH MEDIC

Hi, greetings to all. Its been a long time i don't have any new entry. So, this time, I'm going to repost my Instagram stories regarding why I choose medicine. Saya masih teringat saat saya diam beberapa mingu kerana memikirkan bahawa adakah medik betul2 pilihan saya.  Kerana minat dengan pengurusan (management) saya hampir bertukar arah dariapda persediaan perubatan kepada kursus pengajian penguran dan perniagaan.  Saya cuba dapatkan kaunseling dariapda kaunselor di KM Kulim, dan mereka amat menyarankan saya untuk terus stay untuk medical degree. Dan setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya saya akur. Syukur sekarang sudah masuk semeter 8 daripada 10 untuk program doktor perubatan USM-KLE di India. Apapun, saya bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang serta rezeki untuk belajar medik. Sekian, semoga perkongsian ini bermnafaat. Wassalam. ig, Twitter, Fb : @RidzuanJamian