Skip to main content

+ . - . ÷ . x .

TAMBAH, TOLAK, BAHAGI DAN DARAB

Itulah kali terakhir ibu mengajar aku untuk menyiapkan kerja sekolah.
Waktu itu aku di sekolah rendah Darjah 3 dan masih belum mengenal mana yang baik dan mana yang buruk.
.....

2004.
Abah mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi tentera darat atas desakan keluarga. 
Kami sekeluarga kemudian berpidah ke Batu Pahat dari Melaka.
Justeru, aku pun pindah dari sekolah bandar ke sekolah di kampung sahaja.

Masih teringat lagi apabila mereka melabel aku budak pandai kerana berasal dari sekolah bandar.
Tapi, adakah ramalan mereka benar?

Agak sukar untuk aku sesuaikan diri di kawasan kampung. Mak Andak selalu berpesan bahawa jangan terbawa-bawa perangai bandar di kampung. 
Kita orang kampung ada kebiasaan kebiasaan tertentu. Mungkin dari sudut kemewahan dan juga tatatertib agaknya Mak Andak menegur. 

Tahun lepas, 2004  boleh kira setiap bulan, setelah Abah dapat gaji, kami sekeluarga akan keluar ke bandar untuk berbelanja. 
McD menjadi rutin kami. Seingat aku, kami selalu akan ke Mahkota Parade mahupun Fajar di tengah bandar Melaka. Baju semua KikiLala masa tu. Kamdar pula jadi pakaian sekolah Aku dan Angah.
Paling koman pun orang kata, kami akan ke Pantai Klebang setiap minggu untuk berkelah.
Kalau diingatkan semula, mewah kehidupan kami sekeluarga pada masa itu.

Semuanya berubah. 

2005 .
Aku memulakan persekolahan di Kampung Sungai Kluang Darat.
Sekolah Kebangsaan Seri Mulia merupakan sekolah keduaku. Kecil sahaja sekolahnya. Murid adalah dalam 150 orang kalau tak silap dari 3 buah kampung.

Kelas kami cuma 25 orang murid sahaja. Dan kesemuanya ada slang Jawa. Kelakar pada mulanya apabila dengarkan longhat jawa mereka dalam percakapan biasa.

Jauh menjadi Juaaauhhh.
Darat menjadi Duaraaatt.
Kenapa toh? itu sudah pasti.

........

Diruang meja makan, setelah selasai hidangan makan tengahari dijamu, aku meminta ibu menunjukkan cara untuk menyelesaikan solan bahagi.
Aku tidak faham apa yang diajarkan oleh Cikgu S di sekolah. 
Justeru ibu tunjukkan bagaimana caranya.

9 ÷ 3 = ?

Maka, ibupun melukis garisan untuk menunjukkan bagaimana jalan yang betul.
Jawapannya bersamaan 3. "Ohhh" kataku.

Alhamdulillah. Apa yang diajarkan ibu sangat mudah difahami.
Dari detik itulah aku pandai asas matematik. 
Campur, tolak, bahagi dan darab.

Kalau dulu, kami sekeluarga rajin ke bandar membeli buku-buku.
Aku masih ingat, sewaktu aku masih di darjah 2, ibu membelikan aku buku bahasa Inggeris silibus Singapura. Aku sangat rajin membuat latihan dan banyak buku latihan dari pelbagai subjek aku selesaikan.
Ibu dan Abah amat mementingkan pembelajaran aku dan angah.

....

Namun, setelah masuk ke darjah 4, aku berdikari dalam menelaah semua matapelajaran yang ku ambil.
Hingga ke masa ini.

Ibu terpaksa berhenti sekolah disebabkan kesempitan keluarga setelah arwah Atok meninggal dunia akibat kanser hati.
Ibu anak sulong kepada 5 orang adik beradik.
Nenek pada masa itu tidak cukup untuk berbelanja jadi terpaksa meminta ibu untuk berhenti sekolah demi menyara adik-adiknya yang lain.
Tidak boleh salahkan nenek juga kenapa ibu diberhentikan sekolah.
Nenek menjadi janda ketika usia masih muda dan juga mungkin ketika itu pemblajaran  formal kurang dipentingkan.
ialah, zaman itu, ada sahaja mereka yang bekerja menggunkan sijil UPSR. 

Disebabkan itu, ibu tidak tahu bercakap bahasa Inggeris. Begitu juga abah. 
Aku tidak mempunyai sesiapa untuk "speaking" dirumah. hanya mampu bercakap sedikit sahaja di sekolah.
Tiada siapa juga tahu akan bahasa Arab. 
Kami di Johor akan bersekolah agama setiap petang hingga Tingkatan 1.
Subjek bahasa arab juga merupakan subjek di Sekolah Kebagsaan. Dan kami juga menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Kalau ada soalan yang sukar, aku hanya meniru ataupun berbincang sesama rakan sekelas pada awal pagi sebelum perhimpunan.

Sejak kecil lagi, aku bertanggungjawab atas pelajaranku sendiri.
Tiada siapa yang boleh dijadikan mentor dalam keluarga kerana masing-masing tidak bersekolah tinggi dan tiada yang berjaya menlanjutkan pelajaran ke peringat Universiti.
Tambahan, aku adalah cucu sulong keluarga belah Ibu dan Abah pula anak bongsu daripada 6 adik beradik. Namun, tiada siapa yang boleh ku jadikan mentor untuk aku terus mendapat inspirasi berjaya dalam alam persekolahan dan pengajian.

......

Aku tak tahu nak bergantung pada siapa melainkan diri sendiri dan ilmu yang diperoleh daripada cikgu -cikgu disekolah.
Namun, ibu dan abah tetap terus memberi semangat agar aku terus berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik nanti.
Ahhh. itu satu beban kepadaku. 
Dan beban itulah kupikul dari hari ke hari.

"Along kena jadi contoh kepada adik-adik"

Frasa itulah yag kurasakan menjadi penguat semangatku untuk terus cemerlang di sekolah.



aku menulis sedikit pengalaman hidup pada malam ini untuk memotivasikan diri menempuh hari "long case exam" esok hari. InsyaAllah jika diizinkan aku akan terus menulis satu hari nanti.

Sekian....




Comments

Popular posts from this blog

KASHMIR (HARI PERTAMA)

KASHMIR FEBRUARI 2020 Sudah menjadi impian saya untuk pergi ke Kashmir sebelum belajar di India lagi. kalau tengok cerita Hindustan mesti suka part menari dekat gunung, kawasan bersalji. Jadi Alhamdulillah ada kesempatan untuk melancong ke sana selepas habis exam semester 9 tempoh hari. merangkap sebagai Birthday Trip juga. Habis je exam terus siapkan packing barang dan bergegas ke airport Belagavi. Saya travel ke sana seorang diri. 4 kali bertukar pesawat. Belgaum (Karnataka) > Hyderabad (Telangana) > Delhi > Amritsar (Punjab) > Srinagar (Kashmir) penerbangan pertama jam 5:55 petang dan dijangka sampai ke Srinagar jam 8:30 pagi keesokan harinya. semua berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang saya alami. Cuma, mungkin badan agak terkejutsetibanyadi Delhi kerana India sekarang ialah musim sejuk di belah utara. Suhu di Delhi serendah 12 darjah celcius. Di Amritsar, Punjab lagilah. cuaca serendah 6 darjah. saya keluar dari pesawat terus menggigil. cepa...

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...

WHY DID I CHOOSE MEDICINE | KENAPA PILIH MEDIC

Hi, greetings to all. Its been a long time i don't have any new entry. So, this time, I'm going to repost my Instagram stories regarding why I choose medicine. Saya masih teringat saat saya diam beberapa mingu kerana memikirkan bahawa adakah medik betul2 pilihan saya.  Kerana minat dengan pengurusan (management) saya hampir bertukar arah dariapda persediaan perubatan kepada kursus pengajian penguran dan perniagaan.  Saya cuba dapatkan kaunseling dariapda kaunselor di KM Kulim, dan mereka amat menyarankan saya untuk terus stay untuk medical degree. Dan setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya saya akur. Syukur sekarang sudah masuk semeter 8 daripada 10 untuk program doktor perubatan USM-KLE di India. Apapun, saya bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang serta rezeki untuk belajar medik. Sekian, semoga perkongsian ini bermnafaat. Wassalam. ig, Twitter, Fb : @RidzuanJamian