Skip to main content

UNCLE GRAB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

7 Mei 2018 | 7:00 pagi
PEN - JHB | AK 6413

30,000 kaki dari paras laut dalam penerbangan pulang ke Johor setelah selesai tugas di USM Kampus Induk Pulau Pinang.

Selesai lawatan rasmi saya yang terakhir sebagai MPP dari Kampus USM KLE, India. Saya hadir sebagai ahli dalam Parlimen Mahasiswa USM dan juga beberapa perjumpaan bersama HEP dan MPP. 
Sepanjang berada di Penang, saya banyak menggunakan khidmat Grab dari satu tempat ke satu tempat.
Walaupun, dari desa RST ke masjid USM dan Dewan Persidangan Universiti pun saya menempah Grab kerana di kawasan Penang ni banyak GRAB yang standby lagi-lagi kawasan universiti.

Sekali naik adalah dalam RM 5. Kalau ulang alik dalam RM 10-11 juga.
Kalau dah banyak kali naik, luak juga duit kocek di Malaysia.
Sebelum2 ni saya akan menumpang kereta orang, tapi kali ni memang berdikari habis. 

Rata-rata pemandu GRAB di kawasan tersebut adalah dari kaum cina. 
Walaupun telah berkunjung beberapa kali ke USM Induk, tetap tak hafal nombor blok. Ialah, orang jauh lah katakan..
Yang saya ingat ialah kawasan H sahaja iaitu kawasan HEP dan kawasan Canselori.

Salah satu perbulan bersama pemandu GRAB yang paling saya ingat ialah ketika dalam perjalanan pulang ke RST semula setelah selesai perjumpaan bersama TPK HEP yang baharu, En Mohamad Abdullah.

Kalini pemandu Grab ialah seorang uncle kaum cina.
“Seperti biasa mereka akan bertanya study apa?”
“Ada program apa di KomCa (Kompleks Cahaya)?”
“Asal dari mana?”

Bila dah beberapa kali dapat soalan tu, maka dalam kepala ni dah ada template jawapan.

“Oh saya bukan dari USM sini, saya dari USM Kampus lain. Kampus INDIA.”

Maka typical respon daripada mereka ialah.. 
“Wahh.. USM ada kampus di India ha?”

Maka bermulalah skrip biasa saya  menceritakan tentang di mana, apakah ia dan bagaimana tertubuhnya USM KLE, India ni.

*Mode Duta USM KLE tiba-tiba menjelma*

Ada yang macam tak percaya mereka akan tanya lagi sekali.
“Oh, India di India sana ya?”

“Yes Uncle..  India, di India sana.”
“Saya datang Penang atas urusan rasmi dan akan balik ke Johor sekejap setelah selesai.”

Terus uncle tersebut bertanyakan soalan berkenaan perubatan kepada saya setelah menjelaskan tentang latar belakang pendidikan saya.
Saya pun cuba menjawab sebaik yang mungkin. 
Sebenarnya, bukan mudah untuk kami tukarkan medical term ke bahasa melayu lagi2 kami yang belajar di luar Malaysia.

Riak wajahnya penuh teruja apabila saya mengiakan apa yang dikatakan seperti “di sana banyak mayat ke” , “penyakit sana lebih kurang Malaysia kan...”

Paling terkejut uncle pada masa tu bila saya katakan yang di India, ada banyak penyakit pelik. Termasuklah jenis darah selain A,B, AB dan O.
Iaitu Bombay blood group dan lain-lain.

“Owhhh.. ya ka?”

Sejujurnya, saya pun teruja tengok reaksi uncle masa tu dengan muka terkejut tu. 
Mujurlah trafik nak ke kompleks RST tu lama, bolehlah bersembang banyak sikit.

Sebelum turun, sempat juga uncle cakap 
“thank you ya, jumpa lagi nanti”
“Seronok lah sembang sama you pasal medic”

Sama2 uncle...jumpa lagi ya.

......

Setiap kali naik mesti template soalan dan jawapan tu akan keluar.
Begitu juga di Kelantan, sampaikan rezeki berjumpa sekali lagi dengan satu pok cik GRAB ni menuju ke airport.
Saya teringat bau perfume kereta beliau dan beliau pula memberitahu bahawa pernah menghantar pelajar USM India ke Aiport.
Terus saya jawab, sayalah tu pakcik (Disember 2017)
Makin rancaklah kami bersembang.
....

Seronok sebenarnya kalau kita boleh beramah mesra dengan mereka ni.
Bukan hanya duduk diam, main telefon dan acah-acah busy.. 
Setiap hari berapa banyak penumpang yang mereka bawa dan berapa banyak ilmu dan cerita yang dikongsikan bersama.

Apa yang saya belajar daripada pengalaman tersebut ialah, 
Mulut kena manis dengan orang walaupun itulah kali pertama kita bertemu.
Lagi2 mereka yang makan garam dahulu ni, banyak benda yang boleh belajar daripada mereka.
Sebagai seorang dari latar belakang medic, saya cuba kongsikan ilmu yang saya ada, cuba betulkan mitos dan taboo masyarakat kita.
Dan situlah, seni berbual dan menyampaikan sesuatu cerita boleh diasah lagi2 buat kami yang bakal berhadapan dengan pesakit suatu hari nanti.

Nak bersembang juga kena selidik latar belakang seseorang, bila kita tahu maka mudah untuk kita ambil hati mereka dan konteks perbualan dalam frekuensi yang sama. Dari aspek pendidikan, latar belakang kerja mahupun perinngkat umur.

Dalam perjalanan saya dari airport Senai, Johor ke kampung, saya bertemu dengan seorang pakcik yang bersara dari bidang nuclear engineering.
banyak perkara yang saya tahu tentang kemajuan teknoilogi nuklear di negara kita.
Ini menunjukkan ada masa kita memberi, ada masa kita menerima sesuatu ilmu.

Mereka yang membawa teksi ni kadang bukan semua yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.
Malahan ramai dalam kalangan mereka yang pencen dari pelbagai bidang. Hatta, sekecil-kecil ilmu kehidupan pun kita boleh belajar dengan mereka.


Konsep “Knowledge for Change” secara tidak formal boleh dipraktikkan gitu.. 
Dan alangkah baiknya kalau USM turut mempamerkan kampus KLE kami di samping kampus Induk, Kelantan, Nibong Tebal dan IPPT di pintu masuk utama USM Induk.


Sekian, 

#CoretanRJ

ridzuanjamian@blogspot.com





Comments

Popular posts from this blog

KASHMIR (HARI PERTAMA)

KASHMIR FEBRUARI 2020 Sudah menjadi impian saya untuk pergi ke Kashmir sebelum belajar di India lagi. kalau tengok cerita Hindustan mesti suka part menari dekat gunung, kawasan bersalji. Jadi Alhamdulillah ada kesempatan untuk melancong ke sana selepas habis exam semester 9 tempoh hari. merangkap sebagai Birthday Trip juga. Habis je exam terus siapkan packing barang dan bergegas ke airport Belagavi. Saya travel ke sana seorang diri. 4 kali bertukar pesawat. Belgaum (Karnataka) > Hyderabad (Telangana) > Delhi > Amritsar (Punjab) > Srinagar (Kashmir) penerbangan pertama jam 5:55 petang dan dijangka sampai ke Srinagar jam 8:30 pagi keesokan harinya. semua berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang saya alami. Cuma, mungkin badan agak terkejutsetibanyadi Delhi kerana India sekarang ialah musim sejuk di belah utara. Suhu di Delhi serendah 12 darjah celcius. Di Amritsar, Punjab lagilah. cuaca serendah 6 darjah. saya keluar dari pesawat terus menggigil. cepa...

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...

WHY DID I CHOOSE MEDICINE | KENAPA PILIH MEDIC

Hi, greetings to all. Its been a long time i don't have any new entry. So, this time, I'm going to repost my Instagram stories regarding why I choose medicine. Saya masih teringat saat saya diam beberapa mingu kerana memikirkan bahawa adakah medik betul2 pilihan saya.  Kerana minat dengan pengurusan (management) saya hampir bertukar arah dariapda persediaan perubatan kepada kursus pengajian penguran dan perniagaan.  Saya cuba dapatkan kaunseling dariapda kaunselor di KM Kulim, dan mereka amat menyarankan saya untuk terus stay untuk medical degree. Dan setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya saya akur. Syukur sekarang sudah masuk semeter 8 daripada 10 untuk program doktor perubatan USM-KLE di India. Apapun, saya bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang serta rezeki untuk belajar medik. Sekian, semoga perkongsian ini bermnafaat. Wassalam. ig, Twitter, Fb : @RidzuanJamian