Skip to main content

Posts

WHY DID I CHOOSE MEDICINE | KENAPA PILIH MEDIC

Hi, greetings to all. Its been a long time i don't have any new entry. So, this time, I'm going to repost my Instagram stories regarding why I choose medicine. Saya masih teringat saat saya diam beberapa mingu kerana memikirkan bahawa adakah medik betul2 pilihan saya.  Kerana minat dengan pengurusan (management) saya hampir bertukar arah dariapda persediaan perubatan kepada kursus pengajian penguran dan perniagaan.  Saya cuba dapatkan kaunseling dariapda kaunselor di KM Kulim, dan mereka amat menyarankan saya untuk terus stay untuk medical degree. Dan setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya saya akur. Syukur sekarang sudah masuk semeter 8 daripada 10 untuk program doktor perubatan USM-KLE di India. Apapun, saya bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang serta rezeki untuk belajar medik. Sekian, semoga perkongsian ini bermnafaat. Wassalam. ig, Twitter, Fb : @RidzuanJamian

TRAGEDI OKTOBER

[Tragedi Oktober] Minggu yang agak sibuk. Dari Isnin meeting dengan Director untuk program, pembentangan seminar untuk group posting, telesidang bersama pengurusan tertinggi USM, proposal United Nation, hinggalah ke Program Love You, Zindagi hujung minggu ni.  Tapi Alhamdulillah, petang Jumaat ni dapat juga meluangkan masa untuk diri sendiri.  Dengan berbaju Melayu saree berkasut Bata, naik Auto ke Cafe Coffee Day. Tempat biasa untuk menulis. Suasana kurang kondusif pula petang ini. Kerana terdapat 4 bahasa dituturkan di dalam Cafe ini. Hindi oleh pasangan kekasih di meja sebelah, Kannada oleh 2 orang di belakang, Inggeris oleh 3 orang di hadapan Dan Melayu oleh saya ketika bertutur di hati kecil.  Genap 2 tahun sudah pada tanggal ini. Terima kasih Facebook untuk memori.  5 Oktober 2016 x 5 Oktober 2017 x 5 Oktober 2018 “Ideas, Inspiration, Insight” Satu formula yang saya guna sejak menjadi wakil pelajar.  Sekalipu...

ONCE YOU ENTERED MEDICAL SCHOOL......

Assalamualaikum and greetings, It is 4:19 am , Im awake watching Suits season 6. But this entry is not about the drama. Its about my drama when i was in year 1 and year 2. What is actually "designed" for us in USM Medical School. Basically, USM just redesigned their curriculum to the integrated one. Previously, all you have to face for 1st year of medical school is all about anatomy, physiology and biochemisty. That was so boring right. Because, once you go back to Malaysia after completing your first year, they will ask you a lot at home like, "Pak cik sakit kaki kanan ni lah, kenapa ya?" They put very high expectation to medical students. I know, sometimes it is too much for us as first year medical student. but, since USM redesign or re-structure (i don't what is the correct term to use here.) but i like redesign. so, since 2014, the first batch already started the new curriculum. its called as integrated curriculum. you are not only lear...

UNCLE GRAB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 7 Mei 2018 | 7:00 pagi PEN - JHB | AK 6413 30,000 kaki dari paras laut dalam penerbangan pulang ke Johor setelah selesai tugas di USM Kampus Induk Pulau Pinang. Selesai lawatan rasmi saya yang terakhir sebagai MPP dari Kampus USM KLE, India. Saya hadir sebagai ahli dalam Parlimen Mahasiswa USM dan juga beberapa perjumpaan bersama HEP dan MPP.  Sepanjang berada di Penang, saya banyak menggunakan khidmat Grab dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun, dari desa RST ke masjid USM dan Dewan Persidangan Universiti pun saya menempah Grab kerana di kawasan Penang ni banyak GRAB yang standby lagi-lagi kawasan universiti. Sekali naik adalah dalam RM 5. Kalau ulang alik dalam RM 10-11 juga. Kalau dah banyak kali naik, luak juga duit kocek di Malaysia. Sebelum2 ni saya akan menumpang kereta orang, tapi kali ni memang berdikari habis.  Rata-rata pemandu GRAB di kawasan tersebut adalah dari kaum cina.  Walaupun t...

CUTI RAYA DAH HABIS

Ahad, 24 Jun 2018 35 000 kaki dari paras laut. KUL - BLR  MH 192 Semalam selesai hantar adik yang ke-4 balik asrama. Harini Ahad, Along, dan adik ke-3 balik kubu masing-masing. Nasiblah Angah tak kerja. Boleh tolong hantar Najlaa ke SBPI Selandar, Melaka. Ibu dan Abah kita singgah kampung dan bergerak ke Airport Senai. Cuti 2 minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk masa dengan keluarga dan adik beradik. Mana yang kena brainwash dengan Along, semoga ingat apa yang dipesan. (Padan muka)  Tahun ni Najlaa dan Najmaa bakal menghadapi peperiksaan besar. SPM dan UPSR. Semoga masing-masing boleh lakukan yang terbaik. Nak pujuk diorang belajar kenalah bawak tengok wayang dulu baru nak ada mood.  Budak zaman sekarang.  Tapi, guna duit raya masing2. Biar mereka rasa macam mana duit nya akan luak bila enjoy. Along drive dengan duit minyak je.  Tapi, esok paginya kalau tak buka buku, kenalah tuing sekali.  Seronok tak terkata sebab...

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri 1439H. Diucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin. #KosongKosong video dihasilkan oleh The Civitas Production.

DUGAAN PERANTAU | MAK

"Nanti cuti sekolah Gee bawak Along balik kampung ya mak" "Cuti sekolah Along nak balik kampung duduk rumah mak ya bu" "Mak, along nak pergi Negeri Sembilan, dapat tawaran belajar kat sana. Along dapat masuk asrama Mak" "Mak jangan sedih-sedih, along pergi India nak belajar. Nak jadi doktor. Boleh ubat mak dengan yang lain. Nanti senang-senang Along telefon Mak ya" "Doakan mak ya Long, kalau mak mati nanti Along balik ya" ... Selama 22 tahun, aku memang rapat dengan Mak. Lebih rapat dari ibu kandungku sendiri. Aku tahu syurgaku dibawah tapak kaki ibu. Tapi, memang dari kecik mak yang banyak bela aku. Kalau kena marah dengan Abah, Mak-lah yang akan pujuk. Nama je Along, cucu sulong pula tu. Tapi, kalau merajuk boleh tahan. Tak nak makan lah, menyorok bawah meja lah. seret badan sampai ke dapur lah.. Tergelak juga bila diingatkan semula. .... 14 April 2018, Sabtu Stress betul aku dengan management posting surgery kal...