Skip to main content

TRAGEDI OKTOBER

[Tragedi Oktober]

Minggu yang agak sibuk. Dari Isnin meeting dengan Director untuk program, pembentangan seminar untuk group posting, telesidang bersama pengurusan tertinggi USM, proposal United Nation, hinggalah ke Program Love You, Zindagi hujung minggu ni. 

Tapi Alhamdulillah, petang Jumaat ni dapat juga meluangkan masa untuk diri sendiri. 
Dengan berbaju Melayu saree berkasut Bata, naik Auto ke Cafe Coffee Day.
Tempat biasa untuk menulis.

Suasana kurang kondusif pula petang ini.
Kerana terdapat 4 bahasa dituturkan di dalam Cafe ini.

Hindi oleh pasangan kekasih di meja sebelah,
Kannada oleh 2 orang di belakang,
Inggeris oleh 3 orang di hadapan
Dan Melayu oleh saya ketika bertutur di hati kecil. 

Genap 2 tahun sudah pada tanggal ini. Terima kasih Facebook untuk memori. 
5 Oktober 2016 x 5 Oktober 2017 x 5 Oktober 2018

“Ideas, Inspiration, Insight”

Satu formula yang saya guna sejak menjadi wakil pelajar. 

Sekalipun kita mempunyai banyak idea, jika tidak dicatatkan, apalah gunanya.
Apatah lagi jika tidak ada pelaksanaan. Hanya terkubur di dalam “Limbic System” sahaja.

Sebagai pelajar perubatan, banyak kekangan lebih-lebih lagi bila dah masuk fasa klinikal, 
Dari jam 8:30 pagi dah naik bas dan 5:30 petang barulah balik ke hostel.
Tambahan, hari bekerja di India ialah 6 hari.

Rezeki bila masuk tahun 4, semester 1 (7/10) agak ringan. Kurang sesi PnP di hospital, lebih tertumpu di kampus dan kawasan berdekatan. 
Kiraan saya, Sesuai untuk settle down. 

Sambung semula, 
banyak idea sebenarnya terhasil daripada inspirasi.
Salah satu sumber inspirasi saya ialah dengan membaca.
Antaranya ialah buku yang dikarang oleh Robin Sharma berjudul “Who will Cry When You Die?"

Antara kandungannya ialah “Keep A Journal”. Dalam bab ini, beliau membezakan antara menulis diari dan menulis journal. 
Diari diistilahkan sebagai pelan perancangan harian kita. Yang orang duk screenshot nak tunjuk depa busy meeting itu ini.

Journal ialah sesuatu yang dicatat berdasarkan agenda yang berlaku hari ini, apa ibrah kehidupan hari ini, idea yang terlintas hari ini.
Menulis journal adalah suatu medium untuk kita analyse & evaluate sesuatu perkara yang berlaku.
Bukan sahaja sebagai langkah untuk muhasabah diri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama di lain hari, tetapi journal juga boleh mengembangkan bakat dan idea kita. 
Ada beberapa scientific study yang menunjukkan bahawa penulisan journal mampu mendisiplinkan diri dan menguatkan ingatan. 

Zaman teknologi  la ni, kita banyak terikat dengan “black mirror”. Hatta saya dilabel klasik bila masih menggunakan planet bertulis. KBye.
Menulis menjadikan saya lebih fokus sebenarnya.
Tapi bergantung pada pandangan dan keselesaan masing-masing. 

“Go digital or die” itulah transitional point yang telah berlaku kini
.
.
.

Bersambung.....





#CoretanRJ

Comments

Popular posts from this blog

KASHMIR (HARI PERTAMA)

KASHMIR FEBRUARI 2020 Sudah menjadi impian saya untuk pergi ke Kashmir sebelum belajar di India lagi. kalau tengok cerita Hindustan mesti suka part menari dekat gunung, kawasan bersalji. Jadi Alhamdulillah ada kesempatan untuk melancong ke sana selepas habis exam semester 9 tempoh hari. merangkap sebagai Birthday Trip juga. Habis je exam terus siapkan packing barang dan bergegas ke airport Belagavi. Saya travel ke sana seorang diri. 4 kali bertukar pesawat. Belgaum (Karnataka) > Hyderabad (Telangana) > Delhi > Amritsar (Punjab) > Srinagar (Kashmir) penerbangan pertama jam 5:55 petang dan dijangka sampai ke Srinagar jam 8:30 pagi keesokan harinya. semua berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang saya alami. Cuma, mungkin badan agak terkejutsetibanyadi Delhi kerana India sekarang ialah musim sejuk di belah utara. Suhu di Delhi serendah 12 darjah celcius. Di Amritsar, Punjab lagilah. cuaca serendah 6 darjah. saya keluar dari pesawat terus menggigil. cepa...

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...

WHY DID I CHOOSE MEDICINE | KENAPA PILIH MEDIC

Hi, greetings to all. Its been a long time i don't have any new entry. So, this time, I'm going to repost my Instagram stories regarding why I choose medicine. Saya masih teringat saat saya diam beberapa mingu kerana memikirkan bahawa adakah medik betul2 pilihan saya.  Kerana minat dengan pengurusan (management) saya hampir bertukar arah dariapda persediaan perubatan kepada kursus pengajian penguran dan perniagaan.  Saya cuba dapatkan kaunseling dariapda kaunselor di KM Kulim, dan mereka amat menyarankan saya untuk terus stay untuk medical degree. Dan setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya saya akur. Syukur sekarang sudah masuk semeter 8 daripada 10 untuk program doktor perubatan USM-KLE di India. Apapun, saya bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang serta rezeki untuk belajar medik. Sekian, semoga perkongsian ini bermnafaat. Wassalam. ig, Twitter, Fb : @RidzuanJamian