Skip to main content

Latar Belakang

Assalamualaikum dan Namaste.


Nama diberi ialah Muhamad Ridzuan Jamian.
Lahir pada tahun 1996, Februari 7 di Hosp Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Menetap di Johor selama beberapa tahun sehingga berpindah ke Melaka kerana bapa saya merupakan Askar Komando di Kem Sungai Udang, Melaka.
Memulakan persekolah di Tabika Kemas Taman Bukit Rambai pada usia 5 tahun.
Kemudian, meneruskan persekolahan di Sekolah Taman Bukit Rambai, Melaka sehingga tahun 2.

Pada hujung tahun 2008. kami sekeluarga berpindah semula ke Johor, di Batu Pahat dan terus menetap di sini hingga ke hari ini.
Saya meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sri Mulia, Rengit bermula dari darjah 3 hingga mendapatkan keputusan UPSR.
Menamatkan sekolah rendah di sini juga, saya kemudian mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh.

SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan merupakan sekolah saya dari Tingakatan 1 hingga ke Tingkatan 5.
Di sini, banyak ilmu yang telah dibekalkan untuk kami sebagai graduan sekolah berasrama penuh untuk menempuh dunia luar.

Kemudian, setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2014, Mac saya bekrja sementara di sebuah pejabat di Rengit. Saya banyak menimba ilmu tentang pengurusan dan juga berpeluang untuk menambah "soft skill" sepanjang tempoh 6 bulan bekerja.

Apabila keputusan UPU diumumkan, saya mendapat tempat di UiTM Puncak Alam untuk program Asasi Sains. Namun begitu, dalam masa yang sama, saya juga telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan yang ditawarkan oleh pihak MARA iaitu:

Program Perubatan luar negara.
USM-KLE IMP, India.
Ijazah Pertama
Persediaan : PraU USM, Kolej Mara Kulim, Kedah

Rezeki berpihak kepada saya apabila permohonan saya diterima.

Sebagai persediaan, saya perlu ke Kolej Mara Kulim untuk menjalani program Pra-U USM sebagaimana yang ditetapkan oleh USM dan pihak MARA. Saya mendaftarkan diri pada bulan Jun 2014 dan tamat pengajian di KMKu pada bulan Mei 2015.

Setelah menjalani temuduga sebagai syarat kemasukan melalui program kerjasama antara USM dan MARA, saya sekali lagi mendapat surat tawaran dari USM untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pertama Perubatan, USM KLE IMP, India.

Sebelum berlepas, saya dan rakan-rakan yang lain menjalani program anjuran USM seperti Pimpin Siswa dan juga pihak MARA iaitu Kem Biro tatanegara di BTN Sepang.

Pada 6 September 2015, saya berlepas ke India dan akhrnya tiba di USM KLE IMP, Belgavi.
Pada masa kini, saya merupakan pelajar tahun 3 MD USM KLE IMP.

Sekian, itulah serba sedikit latar belakang saya.

Comments

Popular posts from this blog

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...

KASHMIR (HARI PERTAMA)

KASHMIR FEBRUARI 2020 Sudah menjadi impian saya untuk pergi ke Kashmir sebelum belajar di India lagi. kalau tengok cerita Hindustan mesti suka part menari dekat gunung, kawasan bersalji. Jadi Alhamdulillah ada kesempatan untuk melancong ke sana selepas habis exam semester 9 tempoh hari. merangkap sebagai Birthday Trip juga. Habis je exam terus siapkan packing barang dan bergegas ke airport Belagavi. Saya travel ke sana seorang diri. 4 kali bertukar pesawat. Belgaum (Karnataka) > Hyderabad (Telangana) > Delhi > Amritsar (Punjab) > Srinagar (Kashmir) penerbangan pertama jam 5:55 petang dan dijangka sampai ke Srinagar jam 8:30 pagi keesokan harinya. semua berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang saya alami. Cuma, mungkin badan agak terkejutsetibanyadi Delhi kerana India sekarang ialah musim sejuk di belah utara. Suhu di Delhi serendah 12 darjah celcius. Di Amritsar, Punjab lagilah. cuaca serendah 6 darjah. saya keluar dari pesawat terus menggigil. cepa...

ONCE YOU ENTERED MEDICAL SCHOOL......

Assalamualaikum and greetings, It is 4:19 am , Im awake watching Suits season 6. But this entry is not about the drama. Its about my drama when i was in year 1 and year 2. What is actually "designed" for us in USM Medical School. Basically, USM just redesigned their curriculum to the integrated one. Previously, all you have to face for 1st year of medical school is all about anatomy, physiology and biochemisty. That was so boring right. Because, once you go back to Malaysia after completing your first year, they will ask you a lot at home like, "Pak cik sakit kaki kanan ni lah, kenapa ya?" They put very high expectation to medical students. I know, sometimes it is too much for us as first year medical student. but, since USM redesign or re-structure (i don't what is the correct term to use here.) but i like redesign. so, since 2014, the first batch already started the new curriculum. its called as integrated curriculum. you are not only lear...