Skip to main content

PARLIMEN MAHASISWA 2017

Salam dan Salam Sejahtera.



Parlimen Mahasiswa merupakan satu program tahunan hasil kerjasama antara MUBARAK (Majlis Bekas Ahli Wakil Rakyat) dan juga KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).
Cadangan yang dikemukakan oleh MUBARAK kepada pihak KPT disambut baik ketika tahun 2015. kemudian, pada Julai 2015 berlangsunglah Parlimen Mahasiswa yang pertama.
Pada tahun 2017, parlimen Mahasiswa bermula dari 14 Julai sehingga 20 Julai.

Sidang ahli perwakilan pada tahun ini bukan sahaja disertai oleh 20 buah universiti awam (UA). Malah ia juga akan disertai juga oleh beberapa buah IPTS seperti MMU dan juga UTP.
Tempat bagi Bengkel dan Simulasi pada tahun ini diadakan di Nouvelle Hotel, Sri Sri Kembangan dan bagi penemptan kami semasa bersidang ialah Seri Pacific Kuala Lumpur.

Perjalanan saya bermula dari India. Setelah menukar tarikh penerbangan (dari 17 ke 14 Julai) , saya berlepas dari Kempegowda International Airport jam 12:00 waktu tempatan India dan dijangka mendarat jam 6:30 ptg waktu Malaysia.
Sebelum itu, saya ingin juga menceritakan bahawa perjalanan dari Kampus ke Bandar Bangalore mengambil masa selama 9 jam.
Nasib baik saya menempah sleeper bus. Yang mana penumpang boleh tido secara baring sepanjang perjalanan.
Sampai sahaja di Airport, saya mengambil perkhidmatan shower di airport lounge untuk bersiap. Pakaian baju korporat MPP USM adalah pilihan. Kerana itu merupakan identiti kita sebagai mahasiswa USM.

Setelah kembali segar, saya dan rakan yang lain bersarapan di dalam airport.
Pilihan restaurant dan kafe di Bangalore Airport tidak sebanyak Mumbai dan Delhi.
Selesai sahaja urusan check in, kami terus ke balai pelepasan.

Di dalam balai pelepasan, terdapat beberapa kafe yang sesuai untuk menjamu selera. Mana taknya, makanan terakhir yang kami jamah ialah 12 jam, yang lepas.
6:40 ptg, saya tiba di KLIA. Alhamdulillah saya berasa amat selesa sepanjang penerbangan. Sesuai dengan namanya Malaysia Airlines, layanan yang diberikan sangat memuaskan.
Beg saya tiba agak lewat berbanding yang lain.
Mungkin kerana antara passenger yang awal check in bagasi.
Setelah bersalam salaman dengan rakan yang lain, saya terus menuju ke KLIA Transit untuk ke arah Terminal Bersepadu Selatan. Nasib baik ada Touch n Go. Jadi, perjalanan lebih mudah.
Saya tiba di Stesen TBS lebih kurang jam 7:50 malam.
Dan majlis makan malam serta perasmian akan bermula pada jam 8:30 malam.
Satu prinsip saya ialah saya tidak suka apabila saya lewat ke majlis.
Paling koman pun orang kata fashionably late.
Serba salah dibuatnya apabila kita masuk lewat ke dalam dewan majlis. Bukan disebabkan ramai orang akan pandang. Akan tetapi kita juga mungkin akan mengganggu fokus mereka yang sedang menyampaikan ucapan.
Saya tiba di Nouvelle Hotel jam 8:35 malam. Setelah meltakkan beg sebesar2 tidak di tepi dinding, saya masuk ke bilik air untuk memakai suit yang dibawa bersama.
Saya dijemput oleh rakan dari USM untuk masuk ke dewan.
Alhamdulillah, sesi menjamu selera rupanya. Kemudian disertakan dengan ucapan daripada pihak penaja, Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Saya kira ucapan tersebut ialah satu ucapan yang susah untuk saya sendiri sebagai mahasiswa di luar negara untuk dapat. Lebih2 lagi di India.
Datuk Adek Awang selaku Timb Presiden PNB telah mencaknakan saya tentang pelaburan seperti ASB dan juga menceritakan mengenai rizab2 negara.
Majlis tamat lebih kurang jam 11 malam. Tipu kalau kata saya tidak penat.
Alhamdulillah, bilik yang disediakan amat selesa.
Saya perlu tidur sedukupnya untuk bersiap sedia bagi bengkel yang akan bermula esok.
6:00 pagi saya sudah bangkit dari tidur. Yang mana waktu India ketika ini ialah jam 3:30 pagi. Jet lag sungguh. Tanamkan azam dan ingat semula niat menghadiri program ini buat saya kembali bersemangat.
Tentatif pagi ini ialah; penyerahan bendera universiti serta taklimat peserta.
Seterusnya, diteruskan dengan slot Etika dan Peratirah dewan yang disampaikan oleh anak buah Setiausaha dewan rakyat dan kemudiannya ialah penyediaan bahan perbahasan.
Majlis penyerahan bendera disempurnakan oleh YBhg Dato' Paduka Hj Abdul Rahman Ibrahim.
"Gambar"

Usul yang akan dibahaskan pada persidangan kali ini ialah "TN50" dan juga "Redesigning Higer Education"
Kami dibahagikan secara adil kepada 20 kumpulan.
Kumpulan saya sendiri terdiri dari pelbagai universiti dan tiada yang dari universiti yang sama serta tiada yang mengambil kos yang sama. Bererti, kumpulan saya kali ini mempunyai pelbagai idea dari pelbagai latar belakang pendidikan.
Sebagai mahasiswa perubatan, saya sendiri mencari adaah terdapat mahasiswa perubatan dalam kalangan kami 200 lebih peserta parlimen kali ini.
Seperti yang orang katakan, budak medik ni hanya tahu studi saja, perkara lain letak tepi.
Secara peribadi, saya sendiri tidak mahu menjadi mahasiswa yang terlalu terikat dengan buku. Pada era globalisasi ini, pelajar perubatan saya kira perlu juga memounyai added value selain dari pelajaran di dalam kuliah.
Ilmu pengurusan, perniagaan dan juga ilmu soft skill perlulah dipupuk.
Senang kata ilmu yang tidak dapat diperoleh di dalam dewan kuliah.
Apatah lagi kami yang belajar di negara yang masih lagi ingin membangun, India.
Saya sendiri perlulah mengorak langkah untuk memajukan diri saya agar dapat seiring dengan mahasiswa yang hebat di Malaysia.
Berbalik kepada 2 usul yang akan dibahaskan, memandangkan kami akan bersidang selama 2 hari, jadi satu hari satu usul.
Di bawah satu usul, terdapat 20 pecahan.
Bermakna, setiap kumpulan akan membahaskan 2 usul dan 2 idea yang berlainan yang ditetapkan oleh pihak KPT. Namun, isu TN50 haruslah dikerah sendiri oleh ahli kumpulan dan akan ditapis oleh pihak Urusetia KPT.
Kami seramai 11 orang satu kumpulan kemudian berpecah kepada 2 kumpulan kecil. Yang mana satu akan membincangkan usul TN50 dan satu lagi berkaitan "Redesigning Higher Education". Usul bagi Redesigning higher Education kami ialah "Pemerkasaan IPTS".
Usul yang agak berat untuk kami bawa disebabkan oleh tiada ahli kumpulan dari IPTS.
Jika ada pun, mungkin saya seorang yang sektor swasta USM sendiri.
Namun, tidak banyak yang saya dapat sumbangkan dengan ilmu dan pengetahuan yang sedia ada.
Saya yang memilih untuk berada di bawah kumpulan kecil usul "Pemerkasaan IPTS" berasa amat beruntung kerana kami dihadiri oleh satu pegawai dari KPT yang arif tentang IPTS.
Cabaran yang saya hadapi ialah, saya sendiri datang dari "Zero" dan kemudian dipilih oleh ahli kumpulan untuk membentangkan usul di hadapan khalayak para peserta serta urusetia program.

Kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan; Sharmin, Insyirah, Suhailah, Daniel dan lain2 sangat membantu.
Sebagai seorang yang belum cukup matang untuk berbahas, saya meminta oendapat dari mereka berkenaan teknik dan cara percakapan saya.
Adakah ianya berkesan dan mampukah saya menyampaikan isi yang telah kami bincangkan.
Secara jujurnya, saya berasa usul yang dibawa oleh saya ini agak berat berbanding usul yang lain. Kerana sebagai mahasiswa universiti awam, hamoir semua sudah cakna berkenaan Redesigning Higher Education yang mana YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Idris Jusoh telah membentangkannya di setiap UA.
Apa yang tidak ada ialah berkenaan pemerkasaan IPTS.
Saya perlu tahu dari A hingga Z berkenaan IPTS. Bermula dari Akta 555, berkenaan IPTS, enrolment setiap tahun, penetapan silibus himggalah ke tahap kebolehpasaran graduan IPTS.

Dalam masa kurang dari 48 jam, saya perlulah mendapatkan isi dan idea yang mantap untuk dibentangkan.
Setelah habis berbincang tentang isi bagi usul kami, terdapat 3 idea yang ingin kami cadangkan.
Satu perkara yang tidak saya jangka ialah, disebalik ahli kumpulan mencadangkan saya sebagai pembahas bagi usul kumpulan, saya juga dipilih oleh pihak Urusetia dan pihak KPT untuk mewakili Universiti bagi berbahas di Dewan Rakyat.
Hampir jam 2:00 pagi pada waktu itu, pengumuman diberikan oleh Tuan Najib selaku wakil dari KPT.
Perasaan gementar semakin bertambah. Kerana saya sendiri kurang yakin dengan bahasa perbahasan saya. Dikhuatiri akan bercampur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Walauapapun, saya perlu mara kedepan dan teruskan perbahasan kerana mereka melihat potensi dalam diri saya.
Di samping itu juga, saya juga akan mewakili pembahas universiti.

Simulasi diadakan pada pagi sebelum kami bergerak ke Bangunan Parlimen.
Di situ, saya nampak dengan lebih jelas bagaimana sesi perbahasan akan berlangsung.



sekian, bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

KASHMIR (HARI PERTAMA)

KASHMIR FEBRUARI 2020 Sudah menjadi impian saya untuk pergi ke Kashmir sebelum belajar di India lagi. kalau tengok cerita Hindustan mesti suka part menari dekat gunung, kawasan bersalji. Jadi Alhamdulillah ada kesempatan untuk melancong ke sana selepas habis exam semester 9 tempoh hari. merangkap sebagai Birthday Trip juga. Habis je exam terus siapkan packing barang dan bergegas ke airport Belagavi. Saya travel ke sana seorang diri. 4 kali bertukar pesawat. Belgaum (Karnataka) > Hyderabad (Telangana) > Delhi > Amritsar (Punjab) > Srinagar (Kashmir) penerbangan pertama jam 5:55 petang dan dijangka sampai ke Srinagar jam 8:30 pagi keesokan harinya. semua berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang saya alami. Cuma, mungkin badan agak terkejutsetibanyadi Delhi kerana India sekarang ialah musim sejuk di belah utara. Suhu di Delhi serendah 12 darjah celcius. Di Amritsar, Punjab lagilah. cuaca serendah 6 darjah. saya keluar dari pesawat terus menggigil. cepa...

USM-KLE IMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit berkenaan USM KLE IMP iaiatu sebuah insitusi medikal di luar negara yang pertama oleh Unversiti awam Malaysia. Nama penuh USM KLE ialah;  "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - KARNATAK LINGAYAT EDUCATION (USM-KLE) INTERNATIONAL MEDICAL PROGRAMME" Di manakah terletaknya USM KLE ini? Terletak di Belgaum, Karnataka India yang merupakan sebuah bandar kecil di utara selatan India. Akan tetapi, Belagum juga merupakan ibu negeri yang kedua bagi negeri Karnataka. ianya juga dikenali diiktiraf sebagai smart city kerana rata-rata penduduk di sini menggunkan tenaga solar dan juga terdapat banyak kincir angin bagi menjana eletrik kawasan setempat. Belgaum juga mempunyai 3 musim iaitu musim Sejuk, Panas dan juga hujan. Ketika ini, suhu di Belgauam ialah 13 darjah celcius.  Musim sejuk bermula pada hujung November sehingga hujung Februari. Manakala musim panas bermula dari bulan Mac hingga ...

WHY DID I CHOOSE MEDICINE | KENAPA PILIH MEDIC

Hi, greetings to all. Its been a long time i don't have any new entry. So, this time, I'm going to repost my Instagram stories regarding why I choose medicine. Saya masih teringat saat saya diam beberapa mingu kerana memikirkan bahawa adakah medik betul2 pilihan saya.  Kerana minat dengan pengurusan (management) saya hampir bertukar arah dariapda persediaan perubatan kepada kursus pengajian penguran dan perniagaan.  Saya cuba dapatkan kaunseling dariapda kaunselor di KM Kulim, dan mereka amat menyarankan saya untuk terus stay untuk medical degree. Dan setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya saya akur. Syukur sekarang sudah masuk semeter 8 daripada 10 untuk program doktor perubatan USM-KLE di India. Apapun, saya bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang serta rezeki untuk belajar medik. Sekian, semoga perkongsian ini bermnafaat. Wassalam. ig, Twitter, Fb : @RidzuanJamian