Salam dan Salam Sejahtera. Parlimen Mahasiswa merupakan satu program tahunan hasil kerjasama antara MUBARAK (Majlis Bekas Ahli Wakil Rakyat) dan juga KPT (Kementerian Pengajian Tinggi). Cadangan yang dikemukakan oleh MUBARAK kepada pihak KPT disambut baik ketika tahun 2015. kemudian, pada Julai 2015 berlangsunglah Parlimen Mahasiswa yang pertama. Pada tahun 2017, parlimen Mahasiswa bermula dari 14 Julai sehingga 20 Julai. Sidang ahli perwakilan pada tahun ini bukan sahaja disertai oleh 20 buah universiti awam (UA). Malah ia juga akan disertai juga oleh beberapa buah IPTS seperti MMU dan juga UTP. Tempat bagi Bengkel dan Simulasi pada tahun ini diadakan di Nouvelle Hotel, Sri Sri Kembangan dan bagi penemptan kami semasa bersidang ialah Seri Pacific Kuala Lumpur. Perjalanan saya bermula dari India. Setelah menukar tarikh penerbangan (dari 17 ke 14 Julai) , saya berlepas dari Kempegowda International Airport jam 12:00 waktu tempatan India dan dijangka mendarat ...
Knowing is better than wondering.